Sejujurnya hati ini berbicara tentang hati..
Semalam,baru ku tersedar dari terlena..
tentang hakikat manusia..jasad yang mengandungi 1001
rahsia..
Manusia diciptakan Allah dengan satu perasaan..
Perasaan ingin dibelai,disayangi,dikasihi
namun,ada juga perasaan benci-membenci,dengki,hasad terbit
dari hati yang fasad..
Kini ku tahu,keikhlasan hati seseorang tidak dinilai dengan
wang ringgit,harta,pangkat dan kedudukan..
ya..manusia tidak boleh menilai keihklasan dan hati budi
orang lain..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui tahap keikhlasan
seseorang..
Kelemahan yang kecil dibesar-besarkan..digembar-gemburkan..
tanpa sedar umpatan singgah bermaharajalela di mana-mana..
Hati jadi kelam..zulumat..umpama kepekatan malam yang gelap
gelita..
Kebaikan yang dicurahkan tidak sekelumit pun diendahkan..
Itulah manusia..
Benar..manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan
kesalahan..
Tapi,adakah manusia juga berhak menghukum kesalahan orang
lain?..
Siapa la kita..manusia..insan lupa..insan leka..
diciptakan daripada setitis air mani yang hina..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahu segala..
Kini aku tahu..
Perjalananku bukan setakat di sini..
perjalanan sebagai seorang pejuang tidak akan terhenti di
sini..
walau dicaci,dihina dengan segala tohmahan dunia..
Aku pasrah..aku redha..
kerana ku yakin pada janji Allah..
ranjau kehidupan terbentang di hadapan..
cuma menunggu ajal datang menjemputku..
hilang rohku dari persada alam maya..
yang tinggal hanya jasad yang makin dimamah usia saban
waktu..
Kini ku tahu.
_____________***_____________