Sunday, January 23, 2011

Mutiara Kata..

Salam syg wat skalian..smga msg2 drhmti ALLAH swt..yg skit 2,jgn isow tw,mybe 2 dpt krgkn dosa2 kita...=) sok de claz awal pg,hmm..nmpk yer mlm ni knela tdw awl ckit..mata pn da cam blur je,kple pn tingtong je...tp sebelum tdw ni,nk gax la update jap bnde trbaru..hehehe..so,enjoy la kata2 ni,mybe gax ley sedarkn kte,mybe gax ley dijadikn prngatan..tuk semua dan dri wena sndiri....selamat malam tuk semua..sweet dream..



1)Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat..


2)Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu..


3)Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…


4)Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu..


5)Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman..


6)Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang..


7)1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan..


8)Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu..


9)Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya..


10)Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu..


11)Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan..


12)Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan..


13)Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

love ! ! :)

Daisypath Anniversary tickers