Monday, February 6, 2012

cerita hari ini

Teringat pesanan seorang ustaz ketika ku mengikuti ceramah baru-baru ini:-


"Sudahkan di qada solat-solat yang lepas?," 


Jika tidak ingat, gantikanlah dgn mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dr mula akal baligh kita....


"Subhanallah..betapa alpanya diriku yang kerdil ini..sesungguhnya engkau maha menerima taubat kami,"




Peringatan buat diriku.....kalian semua yang seringkali kita LUPA...

Adakah kita seorang Islam??? Pernahkah kita terfikir ...hidup ini hanyalah sementara. Sampai waktu dan tika masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan & persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kekayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yg sebenar ..


"Apakah pilihan kita?,"


Beruntunglah orang-iorang yang berebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yg kita cari.


Dunia yg semakin tua ini sering dilanda masalah....bermula jerebu, kegawatan ekonomi, tsunami & timbul pula gejala murtad....fitnah ...gempa bumi ...peperangan...& macam2x lagi. Semua ini adalah bala....sebagai tanda kemurkaan Allah. 


Adakah kita benar-benar orang Islam? Maka, adakah kita fikir kejayaan kita di universiti membawa kita ke syurga? Adakah kita fikir kejayaan kita adalah usaha & ikhtiar sendiri?



Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, rajin, bijak...walhal semuanya adalah kurniaan Allah. Segala kebaikan yg ada pd kita adalah dtg dr Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan suka hamba-Nya yg tidak tahu bersyukur? Adakah kita yakin kita seorang Islam? 


Sedangkan Rabiatul Adawiyah pula tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Tahukah anda bahawa Hassan Al-Basri pula menangis hingga berjujuran air mata krn menyesal melupai Allah dlm beberapa minit...Tetapi mengapa kita masih LEKA dibuai perasaan ..Tidakkah kita berasa rugi krn kurang berselawat kpd Rasulullah?



Siapa diri kita sebenarnya ????...
Firaun? tentu tidak...jadi siapa diri kita sebenarnya??? kita hanyalah manusia yg berasal dr sekeping tanah yg hina !!!



Apakah kita yakin bertuhankan Allah? 
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia .....mengapa kita masih berbuat perkara yg dilarang-Nya??? mengapa kita masih tidak menuntut ilmu..Syariat, Tariqat, Hakikat, & Makrifat, Feqah & Tasawuf...dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut ...tidak malukah kita krn gagal menghuraikannya, jauh sekali dr mengamalkannnya.


Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak Kristian yg berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.? Ketahuilah...sesungguhnya Iblis itu amat suak kpd mereka yg tidak berilmu...& sedarilah bahawa kejahilan boleh menyebabkan kita memikul dosa. Kita takut dosa. berapa banyak amalan kita yg boleh menghapuskan dosa seharian?


Apakah kita begitu yakin menempuh akhirat? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam pd ketika itu? Bersediakah kita tatkala kita berhadapan dengan malaikat MAUT? Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya utk menjauhkan diri dr perbuatan mungkar. Kita pergi kuliah..pergi kerja...kita yakin kita telah melakukan segalanya perkara dgn baik.




KITA SOLAT...
Kita yakin solat kita tidak tercela?? Kita makan ...
Kita yakin rezeki yg dijamah diredhai Allah? Kita minum ...
Kita yakin di akhirat kelak kita akan dpt minum sperti kita minum sekarang?
Kita ketawa ....
Kita tidak malu pd Allah? Kita cemerlang SPM, LOGIK, TITAS, C++...
Kita yakin semua itu dpt membantu kita ....kita sakit..
Kita tidak malu pd Allah krn menarik balik nikmat kesihatan? Siapakah kita???



Kita adalah manusia yg berasal dr sekeping tanah yg hina ...betapa hinanya kita ...tapi, kita masih mampu tersenyum & tertawa. Bersediakah menempuh hari slps kematian? Bersediakah kita emlalui sakaratul maut ? 


Burulah cinta Allah , sebelum Allah menutup pintu rahmat-Nya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yg pasti. ....Siapa kita???


Wallahuaqlam.


Nabi SAW bersabda yg bermaksud :-


Ada 4 perkara yg dipandang sbg ibu iaitu 


Ibu dr segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
Ibu dr segala ADAB adalah SEDIKITBERCAKAP
Ibu dr segala IBADAT adalah TAKUT MEMBUAT DOSA
Ibu dr segala CITA-CITA adalah SABAR 


Dan berpesan-pesanlah kpd kebenaran dan kesabaran ...
Kata renungan ayat suci Alquran pd orang yg ingkar melakukan solat 5 waktu sehari semalam ...



SUBUH : dijauhkan chaya muka yg bersinar
ZUHUR: tidak diberikan keberkatan dlm rezekinya
ASAR: dijauhkan dr kesihatan & kekuatan
MAGHRIB: Tidak diberi kehormatan & santunan oleh anak-anak
ISYAK: dijauhkan kedamaian dlm tidurnya


p/ : peringatan untuk diri wena sendri , serta untuk diri kite semua . :) insyaallah sebgai peringatan untuk membentuk diri kita ke arah yang lebih baik . :)
" Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-
_________________________ ♪ ♫ ♩ ♬

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

love ! ! :)

Daisypath Anniversary tickers