Wednesday, February 1, 2012

mengapa mengeluh ?

asslamualaikum . hai . hari ni rajin pula nak menulis . hmm , hari kite muhasabah diri la pulak oke ! :D mengapa kite mengeluh ?? ssetahu wena la kan ,semua orang suka mengeluh betul tak ? tipu la kalau cakap tak pernah sekali pun mengeluh . tapi ada tak kite terpikir kenape kita selalu mengeluh . tapi kita tidak tahu sebenarnya dalam al-quran da tertulis semua jawapan kepada keluhan kita .

kita bertanya : kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan ? 
al-quran menjawab : boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kau menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.allah mengetahui sedang kamu tak mengetahui.
*surah al-baqarah ayat 216 *

kita bertanya : kenapa ujian seberat ini ?
al-quran menjawab : allah tidak memberi seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
*surah al-baqarah ayat 286*

kita bertanya : kenapa kita frust ?
al-quran menjawab : janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati,padahal kamu orang-orang yang beriman.
*surah al-imran ayat 139*

kita bertanya : kepada siapa aku harus berharap ?
al-quran menjawab : cukuplah allah bagiku,tiada tuhan selain dari-NYA,hanya kepada-NYA aku bertawakal.
*surah al-taubah ayat 129*

kita bertanya : apa yang aku dapat dari semua ujian ini ?
al-quran menjawab : sesungguhnya allah telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
*surah al-taubah ayat 111*

kita bertanya : aku tidak tahan dengan semua dugaan ini ! 
al-quran menjawab : " ... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat allah , sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat allah melainkan kaum kafir"
*surah yusuf ayat 12*

kita bertanya : sampai bila aku kena merana seperti ini ? 
al-quran menjawab : "kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
*surah al-insyirah ayat 5-6*

p/s : so , lepas ni jangan mengeluh oke . setiap kita didunia ini tidak mahu memilih jalan yang derita hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku . kita jangan selalu mengharap kerana mengharap  tidak pasti tertunai tetapi kita boleh bersabar kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan . sesungguhnya kejayaan tidak akan datang kepada kita yang leka . bukan senang nak jadi senang , tapi senang nak jadi senang jika diselitkan dengan usaha yang berterusan. :D bersyukur dengan apa yang kita perolehi . ingat tak mahu mengeluh oke . hehe . the end :)


___________________________________ ♪ ♫ ♩ ♬




0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

love ! ! :)

Daisypath Anniversary tickers